Friday, August 20, 2010

Dinar & Dirham

 Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah

Thursday, August 19, 2010

McD


 
Surat menyatakan McD tidak halal

Wednesday, August 18, 2010

10 peringatan bumI

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Bacalah

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Thursday, August 12, 2010

Malam Jalinan KKDK

KELAB KAUNSELING & KERJAYA (KKDK) UTHM menjemput semua warga KKDK yang baru dan lama untuk sama-sama memeriahkan MALAM JALINAN KKDK pada hari Isnin, 16 0G0S 2010 jam 8.30 MALAM DI DKA-G3. DATANG JANGAN TAK DATANGG !! ;D I ♥ KKDKTak lupa juga OPEN DAY KKDK, booth yg bertmpat di PNS pd jam 8am-5pm~ MAri pakat serbu ramai2...hoyee2~

 

Tuesday, August 10, 2010

Masalah @ Cabaran

Masalah2.... bt0l ke masalah..?? ataupun cabaran.... aku pn pening.... disaat2 cmni pelbagai masalah mendatang kepadaku.... masalah belajar (PSM, esemen, projek)... masalah sampingan (pr0gram, lesen kete).. masalah rumahtangga (xxxx).... dan mcm2 lg la..... adakah ini bt0l2 masalah atau just cabaran kepadaku.... tp xpela.... apa pn istilahnya akan aku hadapi dengan hati yg tenang....

Waktu Berbuka

waktu berbuka puasa bagi negeri johor zon IV (Batu Pahat, Muar, Ledang, Gemas)... khas utk kwn2 sepengajianku kt Batu Pahat ni....


Lafaz niat puasa