Monday, April 20, 2009

Hilangkan nerv0us!!!

Tips semasa menghadiri temuduga. Bagaimana ingin menghilangkan rasa nervous atau gugup/gemuruh semasa menghadiri temuduga kelak. Apa yang anda perlu buat sekiranya nervous adalah:

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa - fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin. Itu sajalah tips dari saya untuk menghilangkan rasa nervous, gugup atau pun gemuruh semasa temuduga nanti.

Sume tips ni adalah daripada Jamaluddin Bahari....

0 comments: